20100602

bebalan itu sebenarnya

*kamu jgnla balik.tgula mak kat sini.

tak boleh mak,yt kena kerja.yt janji hujung bulan ni yt balik eh *cium pipi

*mak tunggu kamu balik, dan wanita itu pun tersenyum pahit.

peluk mak,tunggu yt taw.muahhh.
aku terus menghayun gerak kaki muda aku.seiring dgn gerak hati utk tetap setia bersama kerja aku di kota raya.jauh meninggalkan mak yg terus merenung anak gadis nya itu.

dan akhirnya,aku jadi bebal.hari yang aku janjikan untuk bertemu wanita agung itu akhirnya menjadi hari kesedihan untuk semua.aku tidak dpt tunaikan janji yg aku sendiri cipta.dia akhirnya meninggalkan aku dgn seribu kekecewaan.aku tunduk bisu.bebal.sampai sekarang.
abah datang,mengusap airmata anak gadisnya ini.dia diam sahaja.hanya renungan yg dia beri kepada aku.dia cakap,pergila makan dulu,abah taknak lihat kamu sakit.aku masih tunduk.bisu.

........

aku duduk di hujung katil abah,setelah selesai mengelap tubuh kedut nya,kulit tua nya,hari itu bulan puasa.aku tersenyum melihat abah.aku bergurau dgn sepupu kecil ku,4tahun.comel.kesanyangan semua.anak emas abah dan mak.
aku tanya pada dia
*eyh baby gemuk,ni raya awak nak baju color apa?

tiba tiba abah ckp,
*abah nak baju raya warna hijau,seluar hitam dan songkok.

aku diam.sikit pun aku tidak brsuara.tarik nafas..dan aku cakap okay abah,nanti yt blikan eh dan kita akan raya sama sama.kita bakar lemang sama sama,abah pasang panjut dan baby pulak main bunga api.sronok kan bah.

dia senyum.dia cakap..kamu jaga diri baik baik ya bila abah dah tak da.kamu anak abah yg paling kuat di dunia.abah sayangkan kamu.

aku diam.rindu itu selalu ada.sayang itu tak pernah kurang.
mak abah.tunggu yt kat sana ya.tak lama jer lagi.sabar eh.

No comments:

Post a Comment

saya takda sifat sabar.seryes