20100530

serigala dan sebuah rumah kecil

ada seekor serigala.nampak garang.badannya segak.berbaju hitam.ditangannya ada sekuntum bunga plastik.cantik.mukanya kelihatan lesu.dia ada di hujung sana.dia berdiri.tegak memandang terus ker arah aku..
aku berdiri teguh di hujung sini.rambut aku berterbangan di tiup angin.berbaju putih labuh.memakai cekak bunga di kepala.sayu sahaja.juga memandang serigala itu.
di antara kami,ada banyak duri.ada banyak kaca.bertaburan.daun daun kering berselerakan.mungkin serigala garang itu sedang berfikir.berbaloi atau tidak dia meredah sakitnya kaca itu,darahnya duri untuk semata untuk datang memeluk aku.
di badan aku,penuh luka luka,penuh nanah nanah ulat dan parut parut yg hitam.adakah dia mahu berkorban untuk badan nya pula?
di belakang aku ada sungai.jernih.boleh nampak ikan,ada batu batu kecil,rumput rumput hijau lembut.dan ada sebuah rumah.tak besar tapi cukup untuk buat aku rasa comel.
di belakang serigala itu pula,ada beberapa buah rumah.besar,cantik,semua makhluk suka datang kerumah itu.ada puteri yang siap anggun di dalam rumah itu.
aku hanya memerhati.
aku pijak satu satu serpihan kaca itu,duri duri itu munusuk sakit di kulit aku.sambil meredah aku tersenyum.serigala itu kelihatan sayu memandang aku.
aku raparkan tubuhku melekat di tubuh nya,aku dekatkan nafasku di telinga nya.
dan aku hanya berkata,

sayang,aku cinta kau untuk semua rasa.aku tak mintak hal yang sama.lihat di belakang,puteri mu sungguh indah sekali.

No comments:

Post a Comment

saya takda sifat sabar.seryes