20100604

lari dalam guni

bila aku layan showdown.aku sebenarnya mahu menjadi sebahagian dari mereka.
bila aku lihat cerita hantu,sebenarnyakan aku mahu menjadi hantu,
bila aku melihat cerita cerita lawak din beramboi,sebenar benarnya lah kan,aku mahu dia menjadi pembuka gelak tawa aku.
kadang kadang aku benci melihat diri sendiri.berdiri di hadapan cermin.telanjang saja.aku sebenarnya benci melihat setiap inci tubuh aku.sengaja aku lantangkan yang sebenarnya aku ini gadis kuat yg tiada lawan daliknya.
kadang kadang aku takut menjadi hayati suffian yang aku sendiri tak pernah kenal usul keturunannya.
yang selama ini sengaja aku lantangkan sombongnya aku ini.

sebenarnya,aku gusar.
aku bukan tidak bersyukur.tetapi keluhan itu tetap akan ada.pada kau kau juga.takkan pernah hilang.takkan.
bila angin tidak bersatu dengan api, kita selamat.selama mana kehidupan kita.apakah kita kelak.di mana kita kelak.dan siapa akan sikatkan rambut putih kita kelak,itu semua bermula dari siapa kita.

jujurkan saja,aku masih takut.
jujurkan saja.masih pura pura kuat.

kuat,diam
kuat,mati,
kuat,sendiri
pejam nya malam ini,esok masih ada palat yg menanti.

2 comments:

  1. boleh tak aku nak kata aku tabik ayat kau? sebab kau buat aku tak henti2 membaca. thanx.

    ReplyDelete

saya takda sifat sabar.seryes