20110205

sepuluh cinta.



Berjumpa.senyum.ketawa.melalak.bercakar akhirnya diam.
masam.merajuk.lari dan terus dan sunyi dan sepi.
atas kerusi yang sewanya duaringgit.kita kunyah ombak sampai senja.
atas kapal kita bercinta.
dalam air kita berasmara.
kita tengking sama sama.
kau tikam aku.aku ludah engkau.
kau jeling dia,aku kenyit mata pada yang lainnya pula.
aku curang engkau temberang.
duduk bersebelahan kerana kita benci bertentangan.
kita pesan menu yang sama sampai mamak pun dah boleh rasa hebatnya penangan kita.
di atas tilam spring usang dan berebutkan selimut tampal kegemaran kita.
kau kanan aku kiri.
kau gigi aku gusi.
kita kurang rasa percaya tapi dalam hati tetap punya manisnya cinta.

apa lagi yang tiada pada kita?
cukup rencah cukup perasa.

selamat yang ke-sepuluh bulan sayang.
aku cinta kau sampai rabaknya mata dunia.

4 comments:

  1. hai,
    ni kakak aifaa,hehe.
    suke yatt punya blog,ur words smua best.
    ;)

    happy 10th mth anniversary!

    ReplyDelete
  2. cukup perencah cukup perasa. like this. :)

    ReplyDelete
  3. rozanna : kira kita skrg adik beradik sbb aifaa dah jd part of my life.hehehe btw thnaks babe :)


    and hanis : heheheh thank you :p

    ReplyDelete
  4. its beautiful sayang. i love you :)

    ReplyDelete

saya takda sifat sabar.seryes