20101108

burung

nanti dulu
jangan melatah lagi
pikirlah dulu

diam
dengarkan angin bayu
dan tanyakan pada hati
pada jiwa kau yang kononnya mati
apa yang kau nanti
apa lagi yang kau tak puas hati
sebelum betul betul mati

jangan takot
ludah pada pengecut
jangan lari
apa kau tak penat berdiri
menanti apa yang kau sendiri tak pasti

nah!
ambillah peluang
rebutlah mentari
aku beri kau pelangi
tapi
kita kena tempuhi hujan kan?
untuk dapatkan pelangi?

kau pikirlah sampai kau sendiri puas hati
kau pergilah mana kau nak pergi

aku biarkan sekarang
aku lihat kau sekarang
aku lepaskan pelukan sakti ini sekarang
dan bila tiba satu saat.
saat kau sudah jelak dan letih dengan apa kau mahukan.
kalau kau rasa mahu pulang.

kau tahu aku sentiasa mendepang.sentiasa.

kau tahu.
kau tahu.
kau tahu.


 gudbye.

No comments:

Post a Comment

saya takda sifat sabar.seryes