20100819

tangerin&nikotin mimi morticia

 
setiap kali dia bercinta dia akan tinggalkan segalanya dan bercinta semahunya.

satu pagi,
dia akan bangun tidur
gosok mata
berus gigi
pandang ke dalam cermin
dan berkeputusan
untuk menjadi orang lain yang akan mencintai lelaki lain
dan akan bergembira dengan hal-hal kecil yang lain
semacam perut kencang
kekasih barunya,
wicke dry humour kekasihnya dan kali ini,
kekasihnya yang ini akan menanggalkan
bajunya semata mata
untuk mengesat air matanya.

jadi untuk hari ini,
sampai nanti,

cukup dengan cinta laki laki yang satu ini





buat masa ini,aku mahu tenang-tenang.
aku mahu kita bergembira.
raikan apa yang kita ada.
berdua

-mohd jayzuan

No comments:

Post a Comment

saya takda sifat sabar.seryes