20100812

basi.segalanya basi

didadanya telat
dimatanya ligat
hatinya palat
tak ramai yang melihat.
meronta ronta.melihat jasad yang khabarnya dulu bersuka ria.
sekarang hilang segala
wahai puteri basi itu memandang
buka mata
masih buta
pura pura buta

dijiwanya sekat
salahnya bulat
cintanya padat
mereka takkan dapat melihat
wahai puteri basi
pandang kesini
di tepi kamu ini
masih buta?

hatinya menyerong.
hatinya seperti rumput yang tunggu dicangkul.
menyerah segala memberi segala
dengan berpegangkan janji janji yang belum tentu ada.
dijantungnya malap
senyum sudah tidak seperti biasa
ragu ragu.
takut takut kalau kalau ditinggalkan sekali lagi.kali ini takutnya lain macam.

hai kekasih pelangi
tetaplah di sini.

wahai puteri basi...
di suruhnya mati kerana tak mempercayai
apa lagi si pelangi mahu dibuktikan kalau semuanya di tolak tepi
menyerah segala rasa masih tidak cukup mungkin
kuasa nya dulu takkan dapat ditandingi
apa lagi yang ada sekarang kalau semuanya berantakan?
basi,segalanya basi

dunianya kecil
dikelilingi bunga bunga putih
tanpa aku sedar
itu semua masih tidak cukup

disuruhnya mati
tanpa dia sedar
dari awal lagi hati memang dah mati.

wahai puteri basi.

No comments:

Post a Comment

saya takda sifat sabar.seryes