20100715

nikotin

aku sudah siap pasang kubu paling power di dunia,
untuk tahan ape saje serangan busuk dari manusia lanun.
aku tak pernah takut.tak pernah kecut.

tapi,
aku lupa untuk bina kubu batu antara kita.
sampai satu detik,aku dah tak mampu untuk tepis serangan bertubi tubi.
aku jatuh.patah kaki.patah hati.
doktor datang untk check jantung aku.
*dah tak berfungsi*

aku tahu aku kosong.datang dari keluarga yang kosong.ntah apa apa.tak pernah tahu kenapa.
aku tahu aku buruk.makcik kedut kedut tpi jalan berlonggok pun berkerut dahi memandang aku.
*terlalu sedih ciptaan tuhan yang satu ini*

aku patah hati.patah kaki.patah jiwa.
tekan jantung aku.tekan pelan pelan sebab ia dah rapuh.
jangan pegang tangan aku.tangan aku peluh peluh.

jadi tolong.
tolong jangan jeling orang lain.
tolong jangan senyum pada orang lain.
tolong jangan texting orang lain.
tolong jangan cuit peha orang lain.
tolonglah,jangan cinta orang lain.

tetaplah di sini.di tepi aku.tolong tolong.aku merayu.
aku rindu saat kau cium dada aku.

No comments:

Post a Comment

saya takda sifat sabar.seryes